CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

April 21, 2011

dunia semakin pelik

baca paper hari ni..
mcm2 hal jd...
yang haram diagungkan..yang halal dipersendakan..
menakutkan bila fkir semua ni...
 bala ni bala ( tiru ayat lam hantu kak limah back home )hahahahah

ni aku ade link berita yg pelik2 jek...


dah ada isteri dan suami tapi tetap bersekedudukan ngan bukan mahram...tanda dunia akhir zaman..


tujuan aku tulis benda ni bukan nak aibkan sape2..tapi sebagai pengajaran dan peringatan kat kite semua..
tuk diri sendiri...dan keluarga kite gak...

lau diri sendiri x mau berubah pyhla..mmg semua org buat silap...tapi janji cepat sedar kan...

YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA KAMI SEMUA.
AMIN




2 comments:

Anonymous said...

kak mek..
boleh ke masuk RM20 segera tu.
sb kita cuma nak untung je.
produk bukan kita kisah pon.
baca yang ni tgk.


Assalamualaikum,

saya ingin menarik perhatian pihak tuan berhubung fatwa MLM atau Multi Level Marketing.

Diharapkan pihak Tuan, dapat mengemaskini data tersebut dengan lebih jelas. Saya dapati hukum bagi MLM di website Majlis Fatwa adalah harus.tetapi tiada penjelasan mengenainya.

ini kerana :

1. Banyak syarikat yang menggunakan fatwa tersebut untuk mengaut keuntungan.
2. Banyak orang sudah tertipu dengan skim2 pyramid atau pun MLM terutama nya kaum MELAYU.

Ini antara kandungan yang dpt membantu dan mengelakkan penipuan berleluasa.Perkara ini ditulis oleh pihak JAKIM dalam Email, tetapi TIADA di website.

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa bahawa secara amnya hukum Multi Level Marketing (MLM) adalah harus. MLM itu harus hukumnya sekiranya:


Transaksi iaitu akad antara penjual dan pembeli dilakukan atas kerelaan dua-dua belah pihak iaitu atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan.
Barang yang diperdagang atau dijualbeli suci, bermanfaat dan sahih sehingga tiada unsur kesamaran atau penipuan.
Harga barangan yang diperjualbeli adalah wajar dan tidak membebankan.

Tetapi ada beberapa sebab yang akan membatal dan mengubah hukum harus tersebut kepada haram:

Hasil pendapatan bukan dari hasil penjualan barang.
Barangan yang ditawarkan tidak berkualiti dan benar-benar berguna atau mempunyai kajian saintifik.
Ahli menyertai MLM kerana keinginan terhadap pendapatan yang dijanjikan bukan produknya.
Harga tinggi daripada biasa.
Belian peribadi minimum (target) sebagai syarat komisyen.
Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl. Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan harganya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193. (ini lebih kepada perniagaan internet seperti Login Facebook Dapat RM 100, Tunai Segera, RM20 Segera, MySpaceMoney, DAPATWANG dan sebagainya).


Jual beli melibatkan barangan yang diharamkan dalam Islam.
Terdapat juga unsur mirip “shafqatayn fi shafqah”, atau bay’atayn fi bay’ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu). Contohnya “aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandat kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan”.
(Jawapan dari pihak JAKIM berhubung Hukum MLM).

Diharap pihak Tuan dapat memasukkan data-data tersebut agar dapat menjelaskan kepada orang awam.

kenapa hukum nya HARUS dan bagaimana terjadinya HARAM.

terima kasih.

cer citer..cer citer..

mrS pinu said...

yang rm20 ni kalau da org yg berminat masuk bwh kite...kalau xder org join mknanyer xder dt la...2 kena cr org..kite pun bukan dapat keuntungan sekiranya ramai lg yg msuk bw kita..

so pd akak dt yg kita dapat hasil daripada org yg msuk guna link kita..bukan bonus atau apa2...kalau ramai yg masuk maka dapat la dt 2...kira org yg join 2 yg bg kita dt..xder yg join xder dt la...haahahahha....bila ramai yg join kita nanti...kite xkan dapat untg tau..coz bulan mlm pun...mlm org atas ttp dapat bonus gak..tapi ni x..die direct la...kalau org lain join ngan org yg dah join ngan kita..die jeala dapat..hahahahahhaa........dah cite 2..dah cite 2..hahahahhaha